Tuesday 15 October 2019

CERAMAH AMAN PALESTIN

Telah berlangsung Ceramah Aman Palestin daripada Tuan Norul Ahmady, Pengurus Aman Palestin Cawangan Johor. Ceramah bertempat di Dataran Hj Sulaiman, SMA Al-Quran Waddin pada hari Ahad, 13 Oktober 2019 yang bermula jam 8.30 pagi sempena Program Pembentukan Sahsiah Diri Pelajar (Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2019)


Thursday 10 October 2019

MUMTAZ SUFI SMRA DAN SMA 2018 & SIB 2019

THROWBACK.......

TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK SMAQD TINGKATAN 1 TAHUN 2019 
(MUMTAZ SUFI PEPERIKSAAN SIB 2019)

MUMTAZ SUFI PEPERIKSAAN SMRA DAN SMA TAHUN 2018
CONGRATULATIONS!


MAJLIS RESTU ILMU SMRA DAN SPM 2019

Telah berlangsungnya Majlis Restu Ilmu SMRA dan SPM 2019 pada hari Khamis, 10 Oktober 2019, jam 1.30 petang bertempat di Dataran Haji Sulaiman, SMA Al-Quran Waddin. Semoga semua calon SMRA dan SPM 2019 memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.



HARI SUKAN NEGARA, 10 OKTOBER 2019

Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 10 Oktober 2019 bermula seawal jam 7.30 pagi dan bertempat di Astaka bagi sesi 'warm up'. Seterusnya, para pelajar memulakan larian di sekitar kawasan sekolah melalui Jalan Padang 1, Jalan Padang 3 dan Jalan Surau, Kampung Melayu Stulang Baru....




Wednesday 9 October 2019

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU TAHUN 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) & SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI JOHOR TAHUN 2020.*

Mulai tahun 2020 semua permohonan masuk ke SMKA & SABK akan melalui online dengan kaedah berikut:
1. Pihak sekolah akan mengedarkan borang pemilihan sekolah kepada semua pelajar Darjah 6 di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
2. Pelajar dan ibubapa akan memilih sekolah yang mereka mahukan.
3. Borang tersebut dikembalikan kepada pihak sekolah.
4. Pihak sekolah kebangsaan akan memasukkan pilihan tersebut ke dalam sistem yang disediakan.
5. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menyerahkan senarai permohonan ke sekolah-sekolah setelah mendapat keputusan UPSR.
6. Pihak pengurusan SABK akan memilih pelajar yang layak ke sekolah mereka manakala untuk SMKA akan dipilih oleh pihak JPNJ.
7. Pihak pengurusan SABK boleh menggunakan kaedah temuduga atau ujian atau sebagainya sebagai kaedah pemilihan.
8. Mohon pihak SABK mengutamakan pemohon-pemohon online terlebih dahulu.
9. Surat penempatan tingkatan satu akan dikeluarkan oleh pihak SABK.

Pihak tuan boleh merujuk kepada Sektor Pendidikan Islam jika terdapat sebarang pertanyaan. Terima Kasih.