Wednesday 9 October 2019

PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU TAHUN 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) & SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI JOHOR TAHUN 2020.*

Mulai tahun 2020 semua permohonan masuk ke SMKA & SABK akan melalui online dengan kaedah berikut:
1. Pihak sekolah akan mengedarkan borang pemilihan sekolah kepada semua pelajar Darjah 6 di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
2. Pelajar dan ibubapa akan memilih sekolah yang mereka mahukan.
3. Borang tersebut dikembalikan kepada pihak sekolah.
4. Pihak sekolah kebangsaan akan memasukkan pilihan tersebut ke dalam sistem yang disediakan.
5. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menyerahkan senarai permohonan ke sekolah-sekolah setelah mendapat keputusan UPSR.
6. Pihak pengurusan SABK akan memilih pelajar yang layak ke sekolah mereka manakala untuk SMKA akan dipilih oleh pihak JPNJ.
7. Pihak pengurusan SABK boleh menggunakan kaedah temuduga atau ujian atau sebagainya sebagai kaedah pemilihan.
8. Mohon pihak SABK mengutamakan pemohon-pemohon online terlebih dahulu.
9. Surat penempatan tingkatan satu akan dikeluarkan oleh pihak SABK.

Pihak tuan boleh merujuk kepada Sektor Pendidikan Islam jika terdapat sebarang pertanyaan. Terima Kasih.

5 comments:

  1. Ada tak permohonan tahun 2021

    ReplyDelete
  2. Bila Permohonan utk tingkatan 1 2021..

    ReplyDelete
  3. Bila permohononan utk tahun 2022 ya

    ReplyDelete
  4. UNTUK PERMOHONAN 2022 BELUM BUKA LAGI BOLEH HUBUNGI SEKOLAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

    ReplyDelete