Selasa, 5 November 2019 - Amanat untuk calon SPM 2019 daripada YDP PIBG SMA Al-Quran Waddin diikuti bacaan doa oleh beliau yang mendoakan kejayaan dan kecemerlangan semua calon dalam peperiksaan ini. Calon akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 (8.00 pagi - 10.15 pagi) diikuti Bahasa Melayu Kertas 2 (2.00 petang - 4.30 petang). Semoga kecemerlangan menjadi milik semua calon SPM 2019 ini, inshaAllah...
Tuesday, 5 November 2019
PEPERIKSAAN SPM 2019

Thursday, 17 October 2019
PASCA PEPERIKSAAN AKHIR 2019 - FORUM ISU SEMASA
Forum isu semasa dengan tajuk 'Kemajuan Teknologi Punca Keruntuhan Akhlak Remaja' telah berlangsung di Surau Al-Muqarabbin, SMA Al-Quran Waddin yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Ahli panel dan pengerusi terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 iaitu Ahmad Irham Bin Ahmad Nazir selaku pengerusi serta 3 orang ahli panel iaitu Khairul Bokhari Akhbar Bin Kamarudin, Syamir Bin Rashid dan Ahmad Harith Bin Shamsuddin
Wednesday, 16 October 2019
Tuesday, 15 October 2019
PEPERIKSAAN SPM 2019
Peperiksaan Sijil Pelajaran SPM (SPM) 2019 telah pun bermula pada hari Isnin, 14 Oktober 2019 bagi mata pelajaran Usul Al-Din. Peperiksaan berlangsung dari jam 2.00 petang hingga jam 4.15 petang. Seramai 48 orang calon memduduki peperiksaan ini. Semoga semua calon memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini, inshaAllah...
PERTANDINGAN BINA REPLIKA
Pertandimgan Bina Replika sempena Program Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2019 telah diadakan pada hari Isnin, 14 Oktober 2019 bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandigan berlangsung di Kantin SMA Al-Quran Waddin pada jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Para pelajar telah menunjukkan sikap kerjama dan kesungguhan semasa pertandingan ini berlangsung.
PERTANDINGAN AIR VIRAL KEBABOM
Sempena Program Pasca Peperiksaan Akhir 2019, aktiviti Pertandingan Air Viral Kebabom telah diadakan pada hari Ahad, 13 Oktober bertempat di Kantin, SMA Al-Quran Waddin. Penyertaan melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandingan berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Pelajar telah berjaya mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam pertandingan ini.
CERAMAH AMAN PALESTIN
Telah berlangsung Ceramah Aman Palestin daripada Tuan Norul Ahmady, Pengurus Aman Palestin Cawangan Johor. Ceramah bertempat di Dataran Hj Sulaiman, SMA Al-Quran Waddin pada hari Ahad, 13 Oktober 2019 yang bermula jam 8.30 pagi sempena Program Pembentukan Sahsiah Diri Pelajar (Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2019)
Thursday, 10 October 2019
MUMTAZ SUFI SMRA DAN SMA 2018 & SIB 2019
MAJLIS RESTU ILMU SMRA DAN SPM 2019
Telah berlangsungnya Majlis Restu Ilmu SMRA dan SPM 2019 pada hari Khamis, 10 Oktober 2019, jam 1.30 petang bertempat di Dataran Haji Sulaiman, SMA Al-Quran Waddin. Semoga semua calon SMRA dan SPM 2019 memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan masing-masing.
HARI SUKAN NEGARA, 10 OKTOBER 2019
Wednesday, 9 October 2019
PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU TAHUN 2020
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) & SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI JOHOR TAHUN 2020.*
Mulai tahun 2020 semua permohonan masuk ke SMKA & SABK akan melalui online dengan kaedah berikut:
1. Pihak sekolah akan mengedarkan borang pemilihan sekolah kepada semua pelajar Darjah 6 di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
2. Pelajar dan ibubapa akan memilih sekolah yang mereka mahukan.
3. Borang tersebut dikembalikan kepada pihak sekolah.
4. Pihak sekolah kebangsaan akan memasukkan pilihan tersebut ke dalam sistem yang disediakan.
5. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menyerahkan senarai permohonan ke sekolah-sekolah setelah mendapat keputusan UPSR.
6. Pihak pengurusan SABK akan memilih pelajar yang layak ke sekolah mereka manakala untuk SMKA akan dipilih oleh pihak JPNJ.
7. Pihak pengurusan SABK boleh menggunakan kaedah temuduga atau ujian atau sebagainya sebagai kaedah pemilihan.
8. Mohon pihak SABK mengutamakan pemohon-pemohon online terlebih dahulu.
9. Surat penempatan tingkatan satu akan dikeluarkan oleh pihak SABK.
Pihak tuan boleh merujuk kepada Sektor Pendidikan Islam jika terdapat sebarang pertanyaan. Terima Kasih.

Tuesday, 8 October 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)