Forum isu semasa dengan tajuk 'Kemajuan Teknologi Punca Keruntuhan Akhlak Remaja' telah berlangsung di Surau Al-Muqarabbin, SMA Al-Quran Waddin yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Ahli panel dan pengerusi terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 iaitu Ahmad Irham Bin Ahmad Nazir selaku pengerusi serta 3 orang ahli panel iaitu Khairul Bokhari Akhbar Bin Kamarudin, Syamir Bin Rashid dan Ahmad Harith Bin Shamsuddin
Thursday, 17 October 2019
Wednesday, 16 October 2019
Tuesday, 15 October 2019
PEPERIKSAAN SPM 2019
Peperiksaan Sijil Pelajaran SPM (SPM) 2019 telah pun bermula pada hari Isnin, 14 Oktober 2019 bagi mata pelajaran Usul Al-Din. Peperiksaan berlangsung dari jam 2.00 petang hingga jam 4.15 petang. Seramai 48 orang calon memduduki peperiksaan ini. Semoga semua calon memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini, inshaAllah...
PERTANDINGAN BINA REPLIKA
Pertandimgan Bina Replika sempena Program Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2019 telah diadakan pada hari Isnin, 14 Oktober 2019 bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandigan berlangsung di Kantin SMA Al-Quran Waddin pada jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Para pelajar telah menunjukkan sikap kerjama dan kesungguhan semasa pertandingan ini berlangsung.
PERTANDINGAN AIR VIRAL KEBABOM
Sempena Program Pasca Peperiksaan Akhir 2019, aktiviti Pertandingan Air Viral Kebabom telah diadakan pada hari Ahad, 13 Oktober bertempat di Kantin, SMA Al-Quran Waddin. Penyertaan melibatkan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandingan berlangsung dari jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang. Pelajar telah berjaya mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam pertandingan ini.
CERAMAH AMAN PALESTIN
Telah berlangsung Ceramah Aman Palestin daripada Tuan Norul Ahmady, Pengurus Aman Palestin Cawangan Johor. Ceramah bertempat di Dataran Hj Sulaiman, SMA Al-Quran Waddin pada hari Ahad, 13 Oktober 2019 yang bermula jam 8.30 pagi sempena Program Pembentukan Sahsiah Diri Pelajar (Pasca Peperiksaan Akhir Tahun 2019)
Subscribe to:
Posts (Atom)